Daisypath Anniversary tickers

Saturday, August 6, 2011

ihya' ramadhan

bulan ramadhan - bulan mulia lagi penuh keberkatan . Allah mengurniakan pahala yang berlipat kali ganda dan mereka yang melakukan ibadat dalm bulan ini akan mempunyai nilai yang besar

ape je amalan yang korang buat tyme ramadhan ?
kat sini aku nak share beberapa la amalan yang boleh korang praktikkan sepanjang bulan ramadhan yang penuh berkat niy .

1. memperbanyakkan niat atau azam melakuan amalan yang baik sepanjang hari "selagimana anda berniat sesuatu yang baik , maka anda dalam keadaan yang baik . "
daripada Abu Hurairah: "apabila seseorang hambaKu menyebut-nyebut untuk melakukan kebaikan , maka Aku akan tulis untuknya pahala kebaikan ." (Riwayat Muslim)

2. memelihara sembahyang lima waktu di masjid terutamanya isya' dan subuh "barangsiapa menunaikan sembahyang isya' secara berjemaah , maka dia seolah-olah menghidupkan separuh malam. dan barangsiapa menunaikan sembahyang subuh secara berjemaah , maka dia seolah-olah sembahyang malam seluruhnya ." (Riwayat Muslim)

3. membaca zikir pagi dan petang
Allah berfirman : "dan ucapkan pujian dengan kemuliaan Tuhanmu sebelum terbitnya matahari dan sebelum terbenamnya ." (surah Taha : 13)

4. tilawah al-quran ; minima satu juzuk
ibnu Abbas berkata : " Malaikat Jibril menemui Rasulullah SAW setiap malam di bulan Ramadhan untuk tadarus al-Quran dengannya ."

5. sembahyang terawih
"barangsiapa yang menghidupkan malam Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaranNya , maka akan diampunkan baginya segala dosanya yang terdahulu ." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

6. menjaga amalan sunat
  • sunat rawatib
  • sembahyang witir
  • sembahyang dhuha
  • sembahyang tahajjud
  • sembahyang sunat wudhu'
7. mengubah sesuatu kebiasaan sebagai ibadah dengan cara niat
adat + niat yang baik = IBADAH

8. memberi makan orang berbuka
"barangsiapa memberi makan orang yang berpuasa , maka baginya pahala orang yang berpuasa itu tanpa berkurangan walau sdikitpun ." (Riwayat Tarmizi)

9. memeprbanyakkan doa
"TIGA doa yang paling mustajab: doa orang yang berpuasa , doa orang yang dizalimi dan doa orang yang bermusafir ."

10. elak dari berkata perkataaan yang tidak medatangkan manfaat
Rasulullah SAW bersabda: "setiap perkataan anak Adam akan menjadi dosa kepadanya melainkan menyuruh orang melakukan kebaikan , mencegah kemungkaran .

11. memberi makan
" dalam kitab Bukhari dan Muslim disebutkan bahawa Rasulullah adalah merupakan orang yang paling pemurah . dan baginda lebih pemurah di bulan ramadhan .

12. bersedekah walaupun sedikit
termasuk dalam tujuh golongan yang akan mendapat perlindungan Allah di hari akhirat nanti adalah mereka yang bersedekah lalu menyembunyikannya dari pengetahuan orang lain hinggakan tangan kirinya tidak tahu apa yang dilakukan oleh tangan kanannya ." (Muttafaq Alaih)

13. duduk di masjid jika ada kelapangan
sama ada untuk mendengar nasihat agama , beriktikaf ataupun melakukan ketaatan yang lain .

14. membaca buku-buku agama

terutama buku-buku nasihat yang menyentuh soal hati .

so, korang ada tak buat amalan-amalan yang aku sebut kat atas tuh ? kalau ada sebahagian syukurlah . selagi masih bernyawa kejarlah amaln sebanyak mungkin . buat bekalan untuk di akhirat nanti . insyALLAH . mudah-mudahan segala amalan dilakukan dengan hati yang ikhlas .



permudahkanlah urusanku .

0 Angels:

Post a Comment