Rasulullah bersabda yang bermaksud,
Sekiranya anak Adam memiliki satu lembah daripada harta, nescaya ia mahu yang kedua . Dan sekiranya ia mempunyai dua lembah nescaya ia mahu yang ketiga . Tidak akan memenuhi perut anak Adam melainkan tanah dan Allah sentiasa menerima taubat orang yang bertaubat .

( Hadis Riwayat Ahmad )
TAMAK - memang sifat yang sinonim dengan manusia . Tidak kira dalam kedudukan apa sekalipun dia , kaya , miskin , orang biasa dan pemimpin , perasaan tamak tidak dapat lari walaupun sebesar hama .
Jika tidak tamak terhadap harta benda , dia tamakkan perhatian dan mahu seluruh tumpuan orang lain diberikan kepadanya seorang . Sifat tamak inilah akhirnya membuahkan rasa dengki sehingga menyebabkan berlaku perpecahan sesama manusia .
Tamak dan dengki bakal membawa kerugian kerana ia melahirkan individu yang idak tahu bersyukur . Malah lebih berbahaya kerana boleh merosakkan hubungan dalam masyarakat ekoran pergaduhan dan persengketaan sesama sendiri .
Lawanlah sifat tamak ini dengan mengamalkan sikap sederhana iaitu menolak segala yang berbentuk keterlaluan . Ini selaras denagn ajaran Islam supaya kita bersederhana dalam menetapkan sesuatu peraturan , perbelanjaan dan sebagainya . Pada masa yang sama , seimbangkannya terutama dalam memenuhi tuntutan keduniaan dan tuntutan akhirat .

Wallahua'lam .
Permudahkanlah urusanku .
Permudahkanlah urusanku .

0 Angels:
Post a Comment