Daisypath Anniversary tickers

Saturday, August 27, 2011

KATA-KATA dan DOA

Assalamualaikum . .

orait,,tajuk entri niy bunyi mcm menimbulkan persoalan . ape kaitannya ? kannn . hurmm,, berkait dengan kehilangan my baby pink adalah my doa a month ago . TAPI SAYA TAK BERDOA UNTUK ITU OKE ! saya tak meneydarinya itu adalah doa , coz saya tak berniat pun mendoakan kehilangannya . sampai la hari kehilangannya encik boyfriend yang mengingatkan saya dan menyedarkan saya tentangnya . saya tawu khilaf saya . tidak menapis segala kata-kata saya ketika berbicara .

Allah dan Rasul-NYA memerintahkan kita agar berkata-kata dengan ucapan yang baik . Berkata dengan dengan kata-kata yang baik , elok , dan beradab itu merupakan akhlak peribadi oarng-orang beriman . Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
"Sesiapa yang beriman denagn Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia berkata dengan ucapan yang baik atau diam sahaja." Setiap ucapan yang diucap oleh manusia dikira dan dihitung sebagai pahala atau dosa ke atasnya."

Firman Allah SWT yang maksudnya : "Tidak ada setiap perkataan yang dilafazkannya (oleh seorang individu, atau perbuatan yang dilakukannya) malainkan ada disisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (mencatat dan menulisnya). Kata-kata atau ucapan yang paling baik disisi Allah ialah ucapan atau kata-kata berbentuk menyeru manusia kepada Allah atau Islam ." (Qaf: 18)

menyesalnya saya ! sungguh . tak nak lagi main lepas ketika berbicara . nanti diri sendiri yang putih mata . haishh . terbukti kann ape yang diperkatakan adalah satu doa walaupun doa itu lambat dimakbulkan . Wallahua'lam .

p/s: Kata-kata atau panggilan kita kepada seseorang dikira sebagai doa . jagalah adab ketika berbicara .;)

permudahkan urusanku . . :)

Tuesday, August 23, 2011

tamak seorang manusia

Rasulullah bersabda yang bermaksud,
Sekiranya anak Adam memiliki satu lembah daripada harta, nescaya ia mahu yang kedua . Dan sekiranya ia mempunyai dua lembah nescaya ia mahu yang ketiga . Tidak akan memenuhi perut anak Adam melainkan tanah dan Allah sentiasa menerima taubat orang yang bertaubat .
( Hadis Riwayat Ahmad )

TAMAK - memang sifat yang sinonim dengan manusia . Tidak kira dalam kedudukan apa sekalipun dia , kaya , miskin , orang biasa dan pemimpin , perasaan tamak tidak dapat lari walaupun sebesar hama .

Jika tidak tamak terhadap harta benda , dia tamakkan perhatian dan mahu seluruh tumpuan orang lain diberikan kepadanya seorang . Sifat tamak inilah akhirnya membuahkan rasa dengki sehingga menyebabkan berlaku perpecahan sesama manusia .

Tamak dan dengki bakal membawa kerugian kerana ia melahirkan individu yang idak tahu bersyukur . Malah lebih berbahaya kerana boleh merosakkan hubungan dalam masyarakat ekoran pergaduhan dan persengketaan sesama sendiri .

Lawanlah sifat tamak ini dengan mengamalkan sikap sederhana iaitu menolak segala yang berbentuk keterlaluan . Ini selaras denagn ajaran Islam supaya kita bersederhana dalam menetapkan sesuatu peraturan , perbelanjaan dan sebagainya . Pada masa yang sama , seimbangkannya terutama dalam memenuhi tuntutan keduniaan dan tuntutan akhirat .

Wallahua'lam .
Permudahkanlah urusanku .

Monday, August 22, 2011

BERDOALAH . . .



NUKMAN bin Basyir meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud : " Doa merupakan satu ibadat ,lalu baginda membaca ayat : " Dan berkata TuhanMu : " Berdoalah kepada-Ku . . . "



Doa adalah jambatan seorang hamba untuk menyampaikan keinginannya . Namun yang semoleknya , kita tidak hanya meminta sesuatu yang mencakupi urusan dunia sahaja , tetapi juga urusan dunia dan akhirat .



Hal ini seperti yang disebutkan dalam al-Quran yang bermaksud , " Maka di antara manusia ada yang berdoa , "Ya Tuhan kami , berilah kami (kebaikan) di dunia dan tiadalah baginya kebahagiaan di akhirat . Dan di antara mereka ada yang berdoa , ' Ya Tuhan kami , berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharah kami dari seksaan neraka . '
Mereka itulah orang-orang yang mendapat kebahagiaan dari apa yang mereka usahakan . Dan , Allah sangat cepat perhitunganNya . " (surah al-Baqarah : 200-202)

Sunday, August 7, 2011

(attitude + effort) x ability


hari kedua , ketiga , dan keempat berpuasa tidak rasa kepenatannya sebab this week ujian penilaian semester (ups) .Tuhan , bantulah hambaMu ini sesungguhnya aku telah berusaha sebaik yang mungkin , telah ku lakukan semuanya termasuklah study , berdoa dan kini aku hanya perlu bertawakal padaMu .
serius aku cakap , aku tak suka exam sebab hari first exam tu la aku rase macam-macam . aku tak suka rasa itu . tapi aku cuba sebaik mungkin cover perasaan aku tuh dengan bermuka tenang . alhamdulillah aku dapat mengawal diri ini .


ouh , ups . walaupun kau cuma membantu aku 10% untuk markah pspm nanti , aku amek gak ujian niy dengan penuh bersungguh-sungguh . takde nak main-main lagi dah . i don't want look back ! setiap titik peluh aku meniti tangga dkat kmm niy INSYALLAH ada ganjarannya . amin . aku tahu ape yang aku lakukan dan aku percaya Tuhan akan balas usaha aku ini dengan setimpal usaha aku . jadi , teruskan usaha anda izyan !

hope sgt dpt result yg cemerlang dlm ups niy . amin . boley pulak niy kolej nak pos result kteorang kt parents . haishh . cuak jer niy . tenang izyan . rezult kuar 6 sept , parents dapat surat insyALLAH 12 sept . ahahaiii . ape kata parents nanti . moga tiada apa yang tak mahu aku ingini berlaku . aminnn .

nur izyan liyana . sedarlah kamu di mana kamu berpijak sekarang . ingatlah , jangan kamu terlalu taksub menegjar ilmu dunia tapi seiringkanlah diri kamu dengan ilmu akhirat . insyALLAH . (sekadar muhasabah diri)

Permudahkanlah urusanku .

Saturday, August 6, 2011

ihya' ramadhan

bulan ramadhan - bulan mulia lagi penuh keberkatan . Allah mengurniakan pahala yang berlipat kali ganda dan mereka yang melakukan ibadat dalm bulan ini akan mempunyai nilai yang besar

ape je amalan yang korang buat tyme ramadhan ?
kat sini aku nak share beberapa la amalan yang boleh korang praktikkan sepanjang bulan ramadhan yang penuh berkat niy .

1. memperbanyakkan niat atau azam melakuan amalan yang baik sepanjang hari "selagimana anda berniat sesuatu yang baik , maka anda dalam keadaan yang baik . "
daripada Abu Hurairah: "apabila seseorang hambaKu menyebut-nyebut untuk melakukan kebaikan , maka Aku akan tulis untuknya pahala kebaikan ." (Riwayat Muslim)

2. memelihara sembahyang lima waktu di masjid terutamanya isya' dan subuh "barangsiapa menunaikan sembahyang isya' secara berjemaah , maka dia seolah-olah menghidupkan separuh malam. dan barangsiapa menunaikan sembahyang subuh secara berjemaah , maka dia seolah-olah sembahyang malam seluruhnya ." (Riwayat Muslim)

3. membaca zikir pagi dan petang
Allah berfirman : "dan ucapkan pujian dengan kemuliaan Tuhanmu sebelum terbitnya matahari dan sebelum terbenamnya ." (surah Taha : 13)

4. tilawah al-quran ; minima satu juzuk
ibnu Abbas berkata : " Malaikat Jibril menemui Rasulullah SAW setiap malam di bulan Ramadhan untuk tadarus al-Quran dengannya ."

5. sembahyang terawih
"barangsiapa yang menghidupkan malam Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaranNya , maka akan diampunkan baginya segala dosanya yang terdahulu ." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

6. menjaga amalan sunat
  • sunat rawatib
  • sembahyang witir
  • sembahyang dhuha
  • sembahyang tahajjud
  • sembahyang sunat wudhu'
7. mengubah sesuatu kebiasaan sebagai ibadah dengan cara niat
adat + niat yang baik = IBADAH

8. memberi makan orang berbuka
"barangsiapa memberi makan orang yang berpuasa , maka baginya pahala orang yang berpuasa itu tanpa berkurangan walau sdikitpun ." (Riwayat Tarmizi)

9. memeprbanyakkan doa
"TIGA doa yang paling mustajab: doa orang yang berpuasa , doa orang yang dizalimi dan doa orang yang bermusafir ."

10. elak dari berkata perkataaan yang tidak medatangkan manfaat
Rasulullah SAW bersabda: "setiap perkataan anak Adam akan menjadi dosa kepadanya melainkan menyuruh orang melakukan kebaikan , mencegah kemungkaran .

11. memberi makan
" dalam kitab Bukhari dan Muslim disebutkan bahawa Rasulullah adalah merupakan orang yang paling pemurah . dan baginda lebih pemurah di bulan ramadhan .

12. bersedekah walaupun sedikit
termasuk dalam tujuh golongan yang akan mendapat perlindungan Allah di hari akhirat nanti adalah mereka yang bersedekah lalu menyembunyikannya dari pengetahuan orang lain hinggakan tangan kirinya tidak tahu apa yang dilakukan oleh tangan kanannya ." (Muttafaq Alaih)

13. duduk di masjid jika ada kelapangan
sama ada untuk mendengar nasihat agama , beriktikaf ataupun melakukan ketaatan yang lain .

14. membaca buku-buku agama

terutama buku-buku nasihat yang menyentuh soal hati .

so, korang ada tak buat amalan-amalan yang aku sebut kat atas tuh ? kalau ada sebahagian syukurlah . selagi masih bernyawa kejarlah amaln sebanyak mungkin . buat bekalan untuk di akhirat nanti . insyALLAH . mudah-mudahan segala amalan dilakukan dengan hati yang ikhlas .



permudahkanlah urusanku .

ahlan wasahlan

assalamualaikum .

okey , niy first tyme aku ade blog sendiri . and today first tyme gak aku post at blog niy . actually , blog niy dah lame wujud . cume aku yang masih lom ade kemahiran dalam blog-mengeblog niy . aku minat nak ade blog sendiri since aku form 4 lagi . tyme uw aku penasaran gler na twu pasal blog . serius aku ta twu plak blog niy ley buat cam tempat meluahkan perasaan ( kira macam diary la ) HAHA . selama niy aku ingat blog tempat untuk orang buat direct selling online je . serius ! huhu . aku ketinggalan jauh sekali . tapi masih dapat kembali ke pangkal jalan . hehe .

by the way , firstly aku na ucap terima kasih yang teramat sangat pada sis tersayang aku ( akak sedara ) yang banyak tolong aku dalam usaha memajukan blog yang tak seberapa ini . cewah humble niy . haishh . pada empunya blog colourofcikfarah.blogspot.com thanks a lot ! syukran ya ukhti ! follow blog dye gak okey . :)

izinkan tangan ini menaip lagi , aku bukan la nak jadikan blog niy tempat untuk aku membebel ntah pape . ape yang aku rase aku nak share dengan korang aku post la kat blog niy . maybe saje nak lepaskan tension tak pun tibe-tibe that day hati aku baik pulak nak berkongsi ilmu dengan korang . harap maklum . sharing is caring ryte . :)


permudahkanlah urusanku.